Shut Them Down For Good

|
Salam Tahun Baru

Kekangan masa dan tanggungjawab menyebabkan saya tidak dapat menulis material baru di blog saya ini. Saya berharap akan dapat meluangkan masa untuk berkongsi isu-isu semasa dalam blog ini untuk tahun 2011 yang pada hari ini baru memasuki hari kedua.

Kebelakangan ini, begitu banyak isu dalam negara dan juga luar negara berkenaan kebimbangan ibu bapa dan penjaga tentang lambakan bahan lucah di internet. Yang saya ingin kongsikan di sini ialah tindakan pihak Kerajaan China yang telah menutup lebih 60,000 laman web lucah dalam usaha mengetatkan lagi kawalan penggunaan internet yang menjurus kepada pornografi.
Beijing menegaskan tapisan internet dilakukan bagi membendung kandungan tidak senonoh seperti pornografi dan keganasan.
Keganasan juga boleh diklasifikasikan sebagai 'kandungan tidak senonoh' dan berbahaya kerana berpotensi menjadi ikutan kanak-kanak,remaja khususnya dalam pendedahan berlebihan tanpa kawalan (kawalan di sini bukan bermaksud dengan hanya melihat tetapi menerangkan dengan berada bersama kanak-kanak/remaja tersebut dan menerangkan kepada mereka mengapa tindakan ganas yang mereka tonton itu salah. Lakukan follow-up terhadap respon anak tersebut. Di sini banyak strategi boleh digunakan, yang saya akan cuba kongsi pada masa akan datang.)

Tindakan kerajaan China ini amatlah patut dilakukan di negara kita, yang juga mempunyai pengguna internet yang aktif (59% iaitu 14.9 juta rakyat Malaysia adalah pengguna internet). Pengguna Melayu (yang juga beragama Islam) dikesan sebagai pengguna internet paling ramai yang melawat laman web lucah dalam 1 laporan surat khabar Harian Metro kalau tidak silap saya.

Saya percaya tindakan menutup laman web lucah akan memberi kesan positif dengan mengurangkan jumlah signifikan laman2 ini. Kemudian, langkah kawalan seperti sekatan undang-undang dan kawalan viewing. Masalah besar dalam mengawal bilangan laman web lucah ialah ianya PERCUMA dan banyak bergantung kepada respon dan usaha pengguna internet sendiri. Ia bergerak aktif kerana pengunjungnya ramai dan ini secara terus memberi keuntungan dari trafik dan advertisements di laman web tersebut. Seperti juga gejala pelacuran. 'Manakan ada pelacur jika tiada pelanggannya'.

Dasar kebanyakan laman web lucah selalunya unlimited view dan percuma, ini sangat mudah untuk diakses oleh pengguna2 internet semuda mana pun. Perkara ini sangat membimbangkan kerana waktu peribadi seseorang kanak2/remaja melayari internet tidak dapat dikawal sepenuhnya, terutamanya anak remaja. Namun kembali kepada tindakan kerajaan China tadi, ia masih dilihat relevan dan patut dilaksanakan sebagai sekurang-kurang usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebagai penguatkuasa dan juga sebagai ibu bapa.

Bila pula Malaysia hendak mengenakan kawalan sepertinya terhadap rakyat negara kita? Saya terkilan usaha sekecil ini pun tidak dilakukan oleh pihak berwajib kerana saya kira kita sudah terkebelakang dalam tangga kemurnian akhlak generasi muda khususnya. Jangan pula dengan datangnya tahun baru ini, perubahan dan usaha memerangi bahaya laman web lucah terhadap anak-anak kita tidak ditingkatkan dan masih di takuk lama. Kita hanya tahu mendedahkan statistik demi statistik dan kisah keruntuhan akhlak yang semakin lama semakin menggerunkan. Sesungguhnya anak-anak Malaysia mesti dilindungi dari pendedahan tidak senonoh di bawah suasana tidak terkawal sebaliknya bimbingan ibu bapa dan keluarga/orang terdekat atau sesiapa sahaja yang mengambil berat adalah sangat diperlukan dan dituntuti. Anak adalah amanah Allah kepada kita dan mesti dilindungi dan dibimbing dalam mengharungi perubahan seksual semasa meniti alam kanak-kanak ke remaja.

Diharap membawa manfaat kepada saya dan semua. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kesilapan saya.

Wallahu'alam

Sekat lambakan bahan lucah!

|
Assalamualaikum. Salinan kenyataan saya dan rakan-rakan gabungan NGO Wanita Islam Kuala Lumpur mengenai memorandum yang akan dihantar kepada KPDN, KDN dan KPKK bagi meningkatkan kawalan terhadap lambakan bahan lucah. Ini adalah salah satu dari faktor utama peningkatan masalah sosial dan jenayah seksual yang semakin melarat terutama di kalangan generasi muda remaja. Kita perlu mencontohi negara-negara maju yang sudah membuat kawalan internet misalnya, untuk menghalang generasi muda mereka dari mudah untuk mendapatkannya dan mencetuskan sifat ingin tahu yang malangnya disalurkan kepada sumber-sumber tidak sihat dan tidak boleh membimbing.

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wanita Islam Kuala Lumpur akan menghantar memorandum kepada tiga kementerian bagi mendesak langkah yang lebih serius diambil dalam mengawal lambakan bahan pornografi di media massa yang dilihat menjadi punca kepada masalah sosial di negara ini.

Jurucakap gabungan yang diwakili lapan NGO itu, Dr Niekmah Adam berkata, memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang dilihat bertanggungjawab dalam masa terdekat ini.

"Setelah buat pertama kali semua NGO ini mengadakan perbincangan mengenai masalah sosial yang dirumuskan salah satunya berpunca daripada lambakan bahan porno, kami sebulat suara mendesak kerajaan secara umumnya mengambil langkah serius dan bersungguh-sungguh untuk mengawal kebanjiran bahan porno di internet dan media massa," kata Niekmah pada sidang media di pejabat Jemaah Islah Malaysia (JIM), dekat sini, hari ini.

Menurutnya, pendedahan terhadap unsur-unsur pornografi di kalangan remaja ini menjadi salah satu punca utama kepada peningkatan kesalahan melibatkan kes jenayah seksual dan juga di kalangan remaja di Malaysia.

Memorandum yang dijangka akan diserahkan awal bulan depan itu mengandungi beberapa desakan kepada kementerian terbabit.

Antaranya gabungan itu mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan lebih berat keapda mana-mana pihak yang menjual dan mengedar bahan porno dan mengawal lambakan video cakera padat (VCD) di pasaran.

Mereka juga mendesak Kementerian Dalam Negeri mengawal penerbitan buku, nmajalah dan akhbar yang memaparkan cerita, berita, dan grafik yang mengandungi unsur-unsur kelucahan melampau.

Selain itu, desakan turut dibuat terhadap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan konsisten dalam mengawal bahan-bahan siaran samaada di stesyen televisyen milik kerajaan atau swasta.

"Hak penapisan kandungan bahan siaran yang diberikan kepada sesetengah stesyen penyiar perlu ditarik balik dan Lembaga Penapisan Filem dilihat gagal memainkan peranan dan fungsinya perlu dinilai semula,” katanya yang juga Ketua Wanita JIM Kuala Lumpur.

Selain itu, gabungan berkenaan berpandangan bahawa penguatkuasaan hukuman perlu ditingkatkan kerana hukuman berbentuk denda dilihat tidak mampu memberi kesedaran kepada pengedar VCD lucah.

Sementara itu, Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga JIM, Faridah Maludin memberitahu, kebanyakan remaja yang terlibat dalam masalah sosial khususnya zina mengakui mereka terjebak ke dalam tindakan negatif itu kerana terpengaruh dnegan bahan porno yang sangat mudah untuk didapati melalui internet dan telefon bimbit.

Beliau turut berpandangan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting mendidik kanak-kanak dan remaj agar mempunyai benteng awalan diri yang mantap terhaap masalah-masalah sosial sejak daripada kecil lagi.

"Saya menyerulah kepada ibu bapa agar tidak memandang remeh isu ini sebaliknya mengawasi anak-anak dengan cara yang betul dan memberikan sepenuh kasih sayang agar mereka tidak mencari keseronokan di luar rumah," katanya.

Pengarah Nisa' Wilayah Persekutuan, Nor Hafiza Fadzil pula berkata, statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran negara dari tahun 2000 hingga 2008 sangat membimbangkan dan memerlukan perhatian daripada semua pihak.

"Berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

"Ini sangat membimbangkan, jadi sebab itulah kami selaku NGO membawa isu ini dan bersetuju untuk menghantar memorandum kepada kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai Konvensyen Sosial Kebangsaan yang akan diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat bagi membincangkan masalah sosial dalam masyarakat, Niekmah berkata, pihaknya menyokong penuh usaha itu dan bersedia untuk turut serta.

"Ini satu usaha yang bagus dan kami menyokong penuh konvensyen ini diadakan dan bagi pihak kami, bersedia untuk menyertainya jika diundang untuk turut serta," katanya.

NGO lain yang menyertai gabungan berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), An Nidaa', Women Institute For Research, Development and Advancement (Wirda), Persatuan Kebajikan Darul Najah, Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan dan Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Hulu Klang.

InsyaAllah akan menulis entry susulan isu ini.

Salam Ramadhan

|
Assalamualaikum.

Dalam bulan yang penub berkat ini, marilah kita mengambil kesempatan yang datang setahun sekali ini untuk beribadah dan bermunajat mengingati Allah...Hidupkan suasana Ramadhan di rumah supaya keluarga terutama anak-anak dapat menghayati erti Ramadhan yg sebenarnya.

Assalamualaikum

|
Assalamualaikum, salam sejahtera.

Blog pertama saya ini Insya Allah akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk membincangkan soal wanita dan kekeluargaan dari sudut pandangan Islam.

1/02/2011

8/28/2010

5/10/2010