Shut Them Down For Good

|
Salam Tahun Baru

Kekangan masa dan tanggungjawab menyebabkan saya tidak dapat menulis material baru di blog saya ini. Saya berharap akan dapat meluangkan masa untuk berkongsi isu-isu semasa dalam blog ini untuk tahun 2011 yang pada hari ini baru memasuki hari kedua.

Kebelakangan ini, begitu banyak isu dalam negara dan juga luar negara berkenaan kebimbangan ibu bapa dan penjaga tentang lambakan bahan lucah di internet. Yang saya ingin kongsikan di sini ialah tindakan pihak Kerajaan China yang telah menutup lebih 60,000 laman web lucah dalam usaha mengetatkan lagi kawalan penggunaan internet yang menjurus kepada pornografi.
Beijing menegaskan tapisan internet dilakukan bagi membendung kandungan tidak senonoh seperti pornografi dan keganasan.
Keganasan juga boleh diklasifikasikan sebagai 'kandungan tidak senonoh' dan berbahaya kerana berpotensi menjadi ikutan kanak-kanak,remaja khususnya dalam pendedahan berlebihan tanpa kawalan (kawalan di sini bukan bermaksud dengan hanya melihat tetapi menerangkan dengan berada bersama kanak-kanak/remaja tersebut dan menerangkan kepada mereka mengapa tindakan ganas yang mereka tonton itu salah. Lakukan follow-up terhadap respon anak tersebut. Di sini banyak strategi boleh digunakan, yang saya akan cuba kongsi pada masa akan datang.)

Tindakan kerajaan China ini amatlah patut dilakukan di negara kita, yang juga mempunyai pengguna internet yang aktif (59% iaitu 14.9 juta rakyat Malaysia adalah pengguna internet). Pengguna Melayu (yang juga beragama Islam) dikesan sebagai pengguna internet paling ramai yang melawat laman web lucah dalam 1 laporan surat khabar Harian Metro kalau tidak silap saya.

Saya percaya tindakan menutup laman web lucah akan memberi kesan positif dengan mengurangkan jumlah signifikan laman2 ini. Kemudian, langkah kawalan seperti sekatan undang-undang dan kawalan viewing. Masalah besar dalam mengawal bilangan laman web lucah ialah ianya PERCUMA dan banyak bergantung kepada respon dan usaha pengguna internet sendiri. Ia bergerak aktif kerana pengunjungnya ramai dan ini secara terus memberi keuntungan dari trafik dan advertisements di laman web tersebut. Seperti juga gejala pelacuran. 'Manakan ada pelacur jika tiada pelanggannya'.

Dasar kebanyakan laman web lucah selalunya unlimited view dan percuma, ini sangat mudah untuk diakses oleh pengguna2 internet semuda mana pun. Perkara ini sangat membimbangkan kerana waktu peribadi seseorang kanak2/remaja melayari internet tidak dapat dikawal sepenuhnya, terutamanya anak remaja. Namun kembali kepada tindakan kerajaan China tadi, ia masih dilihat relevan dan patut dilaksanakan sebagai sekurang-kurang usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebagai penguatkuasa dan juga sebagai ibu bapa.

Bila pula Malaysia hendak mengenakan kawalan sepertinya terhadap rakyat negara kita? Saya terkilan usaha sekecil ini pun tidak dilakukan oleh pihak berwajib kerana saya kira kita sudah terkebelakang dalam tangga kemurnian akhlak generasi muda khususnya. Jangan pula dengan datangnya tahun baru ini, perubahan dan usaha memerangi bahaya laman web lucah terhadap anak-anak kita tidak ditingkatkan dan masih di takuk lama. Kita hanya tahu mendedahkan statistik demi statistik dan kisah keruntuhan akhlak yang semakin lama semakin menggerunkan. Sesungguhnya anak-anak Malaysia mesti dilindungi dari pendedahan tidak senonoh di bawah suasana tidak terkawal sebaliknya bimbingan ibu bapa dan keluarga/orang terdekat atau sesiapa sahaja yang mengambil berat adalah sangat diperlukan dan dituntuti. Anak adalah amanah Allah kepada kita dan mesti dilindungi dan dibimbing dalam mengharungi perubahan seksual semasa meniti alam kanak-kanak ke remaja.

Diharap membawa manfaat kepada saya dan semua. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kesilapan saya.

Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

1/02/2011